November 24, 2020

Hishamuddin Rais, Tokoh Literasi Malaysia
literasi-Jember-literasi-Indonesi-Literasi-Malaysia-Melayu-Hisyamuddin-Rais-Kerajaan-Malaysia
Saya secara tidak sengaja berjumpa dengan Hishamuddin Rais. Bermula dari Kak Sham dan Bang Fandi menjemput saya menaiki kereta Cherry hitam pada malam hari Isnin, bulan Jun 2011. Tak tertinggal pula kedua malaikat kecilnya Annur dan Annisa ikut. Saya masih ingat dengan jelas ketika kali pertama berjumpa dengan Hishamuddin Rais, iaitu di sebuah ruangan restoran yang diubah sesuai dengan hiasan sederhana untuk memberi tahniah kepada Zunar, seorang kartunis Kebangsaan Malaysia, yang bebas dari lokap kerana kes karya-karya Zunar yang dinilai oleh kerajaan Malaysia mempengaruhi pemikiran publik, dan akan menggangu ketenteraman awam. 

Pada masa itu Hishamuddin Rais datang agak lambat ketika acara sudah mula. Ia datang dengan tampilan santai jika ditengok dari Bucket Hat dan baju bercorak cerah khas pantai. Tak disangka ia memilih tempat duduk bersebelahan dengan saya. Berjabat tangan dengan saya dengan senyuman ramah. Saya menyedari bahawa Hishamuddin mungkin seorang tokoh penting kerana disambut dengan tepuk tangan orang-orang. 
Literasi-Indonesia-Malaysia-Jember
ISI INI
Saya pendekkan tulisan saya mengenai acara itu dengan fokus ke perkenalan saya dengan Hishamuddin. Malam itu pula ada jemputan majlis makan malam diacara tersebut. Setelah makan Hishamuddin minta izin ke saya untuk mengambil tulang ayam di pinggan saya dengan berbisik, “boleh ke saya ambil? untuk haiwan kesayangan saya kat rumah.” Saya mengangguk membenarkan, kemudian ia tertawa kecil. Kerana saya menilai ia orang ramah, saya mula berkenalan dan bercakap kecil dengannya, di situlah saya baru mengetahui bahawa Hishamuddin adalah orang yang terbuka. Ia banyak bertanya mengenai saya, sampai-sampai ia tanya hobby dan saya jawap, “Menulis, Cik.” 

Saya masa itu sengaja membawa buku diary saya, maka saya tunjuk ke orang bercermin mata tebal itu. Ia menggelengkan kepalanya kerana hairan dengan tulisan tangan yang saya tulis dengan tulisan kecil dan hampir memenuhi laman. Setelah itu ia berupaya berbahasa Indonesia membagikan lecutan semangat, yang saya ingat adalah: 

Jangan takut menulis. Bebaskan pikiranmu sebebas-bebasnya.
Semua orang boleh jadi penulis dengan sukses tak tengok ia seorang akademis atau tak.
Literature-Malaysia-indonesian
Perkenalan saya berlanjut ke facebook. Hishamuddin mempunyai facebook dengan nama “Tukar Tiup”. Tapi nampaknya pertemanan facebook saya dengan Hishamuddin tak boleh kerana ia telah berteman dengan 5.000 orang, sementara facebook memberi had jumlah pertemanan maksimal hingga 5.000 orang. Saya memberi tahu mengenai ini kepada Hishamuddin. Tak disangka-sangka pula ia berkorban satu orang (entah siapa) dengan men-delete pertemanan agar memudahkan saya berteman dengannya secara virtual. 

Kerana ingin tahu secara lebih mengenai profil Hishamuddin, maka saya cari-cari dengan memanfaatkan teknologi pencarian Google. Luar biasa! ternyata Hishamuddin adalah adalah sutradara filem Malaysia (salah satu filem itu Dari Jemapoh ke Manchester), seorang stand up comedy, aktivis politik dan sosial. Ia juga terkenal sebagai kolumnis untuk beberapa akhbar termasuk Berita Minggu , The Sun, Malaysiakini.com dan Off The Edge. 

Semoga sihat-sihat sahaja Encik Hishamuddin.

Gemar menulis dan membaca dua aktivitas ini yang menjadi kendaraan saya menjadi penulis, untuk menambah kenalan di Tanah Air maupun luar negeri, yang punya passion sama dibidang literasi.

2 Comment:

Contact

Kirim saya Email

Hubungi

ContactInfo

Secara etimologis, kata literasi (literacy)berasal dari bahasa Latin “literatus” yang artinya adalah orang yang belajar. Literasi erat hubungannya dengan proses membaca dan menulis. Namun, seiring berjalannya zaman, literasi mengalami perkembangan definisi yang baru, diantaranyaliterasi sains,literasi digital,literasi numerasi, literasi finansial, literasi budaya dan kewargaan. Khusus di website ini, membahas tentang literasi baca dan tulis atau manfaat berjejak hidup lewat kata.

Alamat:

Jln. Sunan Bonang No. 42A, Jember.

Phone:

+62 812 3254 8422

Email:

admin@mediapamungkas.com